SEGALA KERJASAMA & KEPRIHATINAN PARA PELANGGAN HOMESTAY YANG DIKASIHI TERHADAP TERMA & SYARAT INI,
KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.


Syarat Tempahan

Sebagai pengesahan tempahan, pelanggan diminta untuk membuat pembayaran deposit separuh (50%) bayaran
(No. akaun akan dimaklumkan kemudian).

Kegagalan untuk berbuat demikian, pihak kami berhak untuk membatalkan tempahan tersebut.

Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan tempahan pada saat-saat akhir.

Procedure Check In 

Masa check in    : 2 petang
Masa check out : 12 tengahari

Kunci boleh diambil pada tarikh check in
Baki bayaran perlu dibayar semasa check in

Atas faktor keselamatan, para pelanggan dikehendaki menyerahkan satu salinan Kad Pengenalan sewaktu check in (Jika perlu)

Peraturan Umum

Penghuni hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak penyelenggara / pihak berkuasa setempat

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kemalangan / kejadian tidak diingini sepanjang tempoh penginapan

Dilarang merokok di dalam rumah.